salam takziah buat capik dan keluarga
diatas kepulangan nenda beliau ke Rahmatullah..
kami dr 1986 ghimo mengharapkan capik
dan keluarga redha dan tabah mnghadapi smua ini...
semoga nenda beliau ditempatkan
dikalangan hamba-hamba yg soleh dan
solehah dan semoga dicucuri rahmat..
AL-FATIHAH...............
Monday, May 25, 2009
Monday, May 18, 2009
AKTIVITI MENDAKI GUNUNG
Assalammualaikum.. W.B.T.... & Salam Sejahtera... Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dgn limpah kurnia-Nya kita telah berjaya melaksanakan program yang cukup mencabaran fizikal dan mental iaitu KEMBARA GUNUNG DATUK dgn berjayanya program ini maka sudah terlaksanalah objektif program ini iaitu untuk memberi pendedahan kepada para ahli GHIMO untuk menjadi pendaki gunung disamping mengetahui cara untuk survive didalam hutan..tahniah kepada sume line-up.. Program : Kembara Gunung Datuk Lokasi : Rembau, Negeri Sembilan Tarikh : 17 Mei 2009 Info Gunung : Gunung Dato’ ini, satu-satunya gunung di Rembau. Negara pernah gempar dengan berita pendaki-pendaki hilang di gunung ini suatu masa lalu. Kem site puncak berada tidak jauh sebelum pendaki sampai ke puncak gunung. Panorama di puncak menarik dengan sudut pandangan 360 darjah serta angin di puncak bertiup dingin. Puncak terdapat batuan besar yang begitu banyak sehingga pendaki terpaksa menggunakan tangga untuk mendaki Pengarah Program : Keyqi Line-Up : Keyqi, Yana, Ari, Ain, Hanna, Rai, Hiisma, Rina, Epul, Zana, Amirah, Ringgo, Nurul Farhana, Nurul Shahida, Nadia, Nuriana, Anwari, Syed, Elly, Moon, Norazlan, Umar, Illias, Capik, Siti Nur Ain, Al-Hafiz, Syariff, Wan Noriah, Idawati, Omar Islam, Zul, Winkey, Nurul Anis Leha, Kupeng, As, Sopi, Hariz, Hazim, Tip, Salehuddin Log Perjalanan : *17. 05. 2009 (Ahad) 11.00pg - Berkumpul di kaki Gunung Datuk (Setting Barang) 11.15pg - Penerangan di berikan oleh keyqi + Bahagikan kumpulan + Nombor keselamatan + Bahagikan wisel + Bahagikan Tag nama + Bahagikan makanan dan air + Warming Up + Pantang larang (niat) + Bacaan Doa 11.30pg - Trekking dimulakan yang di ketuai oleh keyqi sebagai Forward, Zana sebagai Center dan Zul (kawan keyqi) sebagai sweaper. 12.45ptg - Sampai di checkpoint 1st. Peserta rehat sebentar sebelum memulakan pendakian ke puncak. Ketika di sini Ringgo dan Zana menghantar peserta yang sakit ke kaki Gunung Dato’ dan Umar telah menggantikan Zana untuk menjadi Center. 01.05ptg - Pendakian bersambung semula selepas peserta berehat di checkpoint pertama. 03.00ptg - Peserta sampai di puncak Gunung Dato’. Semua peserta bergambar di puncak Gunung Dato’ dan berehat untuk makan dengan makanan yang telah di sediakan. 04.00ptg - Semua peserta memulakan pendakian menuruni Gunung Dato’ yang di ketuai Zul sebagai forward, Zana sebagai centre dan keyqi sebagai sweaper. 06.00ptg - Semua peserta telah selamat sampai di kaki Gunung Dato’. Semua peserta menikmati hidangan nasi tomato yang telah di sediakan. 07.00ptg - Bersurai….. Catatan : Terima kaseh kepada semua yang terlibat kerana kowang sume bg kerjasama pada aku dan cana...Segala keburukan datang nya daripada kami dan yang baik datang nya daripada ALLAH.... Disini juga aku mintak maap jika aku ngan cana ader wat salah atau ader kekurangan yang kowang x puas hati dan aku mintak maap banyak jika aku laju sgt ketika mendaki..aku mintak maap sgt2.Sekali lagi aku ucapkan terima kaseh kepada semua dan mintak maap jika aku ngan cana ader wat salah. SEMOGA MAKLUMAT INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBERI PANDUAN DI MASA HADAPAN... SEKIAN TERIMA KASIH... Laporan disediakan oleh Keyqi |
Labels:
Event
Subscribe to:
Posts (Atom)