Sunday, July 31, 2011

khas untuk korang yg aku sayangi..

assalamualaikum wbt..
seperti yg korunk taw...esk atau lusa maybe da start bulan ramadhan..mlm nie tgk la anak bulan tuh...hehe..
kite sme2 nnt kan nya...menjelang esk..
firstly..aku nak mintak maaf kepada kaum2 ghimo..andai kata aku ade terkasar bahasa ngan korunk ke..atau
ada yg x senang ke ngan aku..aku xde niat jahat pun..nakal je..ahaks!..lau ade prob..abes..abes cnie je..pasnie 0-0..hope xde la prob ngan korunk..sejak aku join ghimo balik..mmg excited n hyper aktif plak
dlm group ghimo nie..takot gak..ade yg x senang..hehe...aku mmg mcm nie ckit..kdg2 dlm nie bukan maen..kat luar..pendiam senyap jer..tp ok laa skrg..tgk grup ghimo da makin berkembang ke arah yg dicapai..
aku berdoa semoga kekal selama2 lama nyer..insyaALLAH..korunk mmg best aaa..dr dlu sampai skrg..klu ade korang..mesti x kering gusi...asyik tergelak je..sedih..suka..duka..marah..kite ttp bersatu akhirnye..
aku mmg xpernah menyesal la kwn2 ngan korunk..sbb mmg best laa..xtaw nak ckp mcm ne
"HANYA MAMPU BUAT LIFE AKU HAPPY"
tu da cukup memadai..hope korunk phm la ek..AND...jgn lupe PROGAM BERBUKA PUASA..kat mana nk buat..set tarikh betol2..lau xde pape yg menghalang..aku join...

kate2 terakhir dr aku..
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL - MUBARAK"
kepada ghimo2 atau pun yg bukan ghimo..
-bubu


p/s : lawak puasa!


Saturday, July 30, 2011

Santapan Istimewa ^_^



weee :p kebetulan minggu nie balik kampung, yeayy melawat cousin yang eksiden, dapatlah haniey merasa mee bandung muar yang pekat, almaklumlah jarang benor nak balik muar nie, bukannya ape famili plak jenis workhholic, susah plak nk balik kg... huhuhu so bila kebetulan my cousin eksiden, dpatlah peluang pekena mee bandung..kegemaran ku... terletak kat tanjung agas muar... mmg power!!!

p/s: hopefully dapat lagi berbuka mee bandung cmnie=p

Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ^_^



Dikesempatan ini haniey nak mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak, semoga ramadahan kalini memberi keberkatan kepada kita semua.. ^_^

p/s: exited betul nk nunggu ramadhan nie ^_^

Sunday, July 24, 2011

Siapa yang cantik?

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Jennifer Lopez adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Nur Fazura yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botoxliposuctiongastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.
Artikel iluvislam.com





Wednesday, July 20, 2011

:)



Pada suatu ketika seseorang yang sangat kaya mengajak anaknya mengunjungi sebuah kampung dengan tujuan utama memperlihatkan kepada anaknya betapa ada orang yang sangat miskin. Mereka menginap beberapa hari di sebuah daerah pertanian yang sangat miskin.

Dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya,
"Bagaimana perjalanan kali ini?"
"Sangat luar biasa ayah," sahut anaknya.
"Kau sudah lihat betapa manusia boleh menjadi sangat miskin," kata ayahnya.
"Ya," balas anaknya ringkas.
"Jadi, pengajaran apa yang dapat kamu ambil?" tanya ayahnya.

Kemudian si anak menjawab, 

"Saya saksikan bahawa kita hanya memiliki seekor kucing, sedangkan mereka empat. 
Kita punya kolam renang yang luasnya sehingga ke tengah taman kita dan mereka memiliki telaga yang tidak ada batasnya. Kita mengimport lampu-lampu di taman kita dan mereka memiliki bintang-bintang pada malam hari. 
Kita memiliki sebidang tanah untuk tempat tinggal dan mereka memiliki ladang yang melampaui pandangan kita. 
Kita punya pelayan-pelayan untuk melayani kita, tapi mereka melayani sesama sendiri. 
Kita membeli untuk makanan kita, mereka menumbuhkannya sendiri. 
Kita mempunyai tembok untuk melindungi kekayaan kita dan mereka memiliki sahabat-sahabat untuk saling melindungi."

Mendengar ucapan itu, si ayah terdiam tak dapat berbicara. 

Kemudian si anak menambah, "Terima kasih ayah, kerana telah menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita".

Kadang-kadang kita sering melupakan apa yang telah kita miliki dan terus memikirkan apa yang tidak kita miliki. 

Apa yang  dianggap tidak berharga oleh seseorang ternyata merupakan dambaan bagi orang lain. Semua ini bergantung dari cara pandang seseorang. 
Mungkin akan lebih baik jika kita bersyukur kepada Allah sebagai rasa terima kasih kita ke atas semua yang telah disediakan untuk kita daripada kita terus menerus bimbang untuk meminta apa yang belum kita miliki. Semoga kita semua termasuk di dalam golongan orang-orang yang bersyukur.


Aminn

WORDLESS WEDNESDAY #1

Friday, July 15, 2011

Hot Story babeh!! ^_^

PERHATIAN WARGA GHIMO SEKALIAN!!



Bukak Fb terus terlihat, watikah dari JPA.. sangat kesian pada yang cik-cik,puan-puan,tuan-tuan yang menjadi pengangur terhormat, wallahualam... cik haniey sekadar berkongsi je.. betul atau tidak cik haniey tak sure lagi, tapi nie terdapat dalam FB cik haniey...nasib badan !!!

p/s: apalah nasib pekerja kontrak dan sambilan yang ade di sektor kerajaan...

Thursday, July 14, 2011

pelik tapi benar..heh!

sebenarnyer tu topeng je..menjadi trend kat negara tuh..sbb aku pnh pasan kat astro chanel luar laa..tp cool beb..dpt perhatian tuh..hahahaha


cool x?..spe2 yg nak cuba kat malaysia boleyh laa..jgn mara klu uncle seekers tangkap korunk..hahaha~

tgk nih!




Tak payah nak EwWW sangatlah~




Eiii kalau nampak orang tulis camni, serius aku rasa macam nak lempang.
Nasib je jauh, kalau dekat... memang dah kenalah kan...

So, korang pun tak payah nak ewww eww sangatlah... geli der gua baca. Grr!

p/s: thanks kepada my kekasih gelap (AnwarHadi) untuk video yang best giller doww... keh keh keh

Mahukah?

Teman... ingat tak?


Ketika kita kecil, kita ada ibu dan ayah yang sentiasa ada di sisi semasa kita baru mula berjalan. Kita terjatuh, luka dan menangis tapi ibu dan ayah tak pernah meninggalkan kita keseorangan. Mereka masih setia di sisi untuk membantu kita terus melangkah.


Dan sekarang bila kita sudah jauh melangkah, apa tak mahukah kamu menoleh ke belakang? Cuba berjalan seiring bersama ibu dan ayah kita, yang mungkin kini sudah perlahan langkahnya kerana usia mereka yang sudah tua. Selagi kita mampu... selagi mereka ada bersama kita. Mahukah?




Gambar asal : Google


Rina: Ini post pertama. Salam setulus ingatan dari aku buat semua penghuni Ghimo :))

jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.


Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian.
Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan.
Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita. Tak perlu kita tangisi.
Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu hukum harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.


Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya.
Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.


Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)


Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


sumber: iluvislam.com




Wednesday, July 13, 2011

wordless wednesday #3

wordless Wednesday #2 - problem

tiada tempat utk berlari melaekan mendekatkan diri dgn ALLAH..



mmg susah kite nak lari dr masalah yg timpa..melaenkan cube utk settlekan sampai abes..nak marah..xgune..mende da terjadi..nak lepas geram..pikir 2,3kali..haihss..semua yg ade pada kite da tertulis..dimana kite..and ape yg akan jdi kat kite..aku mmg rse menyesal sgt2..bile da amek risiko tu.hanya ALLAH je yg tau..
bubu-

Wordless Wednesday #1 - Dosa

Allah Maha Mengetahui segala sesuatu...



CERITA GHIMO

Nie Video2 dr GHIMO 1986.. saja nk share ngan korang.. ENJOY k.. LOVE U :)



Pengetahuan



Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.
  

hehe.. pepagi nk degr ceramah agama lak ye... hehe.. tp xslh lau nk amek ms anda 5-10 minit.. tuk baca dan dapt gak pengatahuan..

Hadis : 99 Nama Allah
Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga."
(Muslim)

Huraian :
Perumpamaan orang yang ingat akan Allah dengan orang yang tidak ingat akan Allah laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. Beberapa sifat orang yang beriman yang disebutkan Allah dalam al-Quran adalah sebagai berikut: "Sesungguhnya orang-orang beriman yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya,sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya." (al-Anfal.:2) "Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya."(al-Ahzaab:41). "...Lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar." (Al-Ahzaab:35). Sebenarnya untuk melayakkan diri tergolong dalam golongan orang-orang beriman seperti disebutkan bukanlah setakat memerlukan kita mengingati 99 nama-nama Allah bahkan kita mestilah menghayati erti dan maksudnya sekali sehingga dengan itu hati kita sentiasa merasa gerun dan takut untuk berbuat dosa kepada Allah sekalipun dosa kecil.

Ghimo is The Best Komuniti ^_^




Facebook Ghimo
v
v
v
v



1st time cik haniey join GHIMO nie bila try search kat Facebook a.k.a Muka Buku tahun kelahiran sendiri 1986, akhirnya jumpa lah GHIMO, alhamdulillah, syukran diterima masuk dan disah kan oleh sahabat saya FIRA HILWA.. Thanks banyak-banyak.. ^_^

" Betapa bangga dilahirkan pada 4 mac 1986 di hospital kuala Lumpur"

1st time buka blogspot ghimo, wow! teruja sebab macam-macam ada, tapi apakan daya kita nie sakit, kadang-kadang nak trun padang tue agak susah sedikit. cume tgk and folo up kat blog or komuniti FB ghimo jerlah.. tapi aku nak cadangkan supaya kita berkumpul berbuka puasa ramai-ramai.. khas tuk warga Ghimo, ok tak.. 



  •  Nama ku Nurul Haniza @ Cik Haniey
  • Dilahirkan di HOSPITAL BERSALIN KUALA LUMPUR
  • Dilahirkan pada 4 mac 1986
  • Blogger Sambilan sahaja bukan fully time pon.
  • Hobi aku ske amik gambar sebab aku takkan miss DSLR pasti ada dalam beg.

p/s : itulah serba sedikit tentang aku, salam ukhwah khas untuk warga Ghimo.

eheh....sajo nak torai..

if terus2 nak citer cmne aku bleh jmpe ghimo ni kang ade yg pening..
tp aku adaptasikan jela dari citer cik fira slepas wujudnye ghimo..
haaaa...time tu la aku jmpe ghimo...
kalau di ikutkan aku dah lama ngn mereka2 ni (sblom ghimo)
tp aku ni bab2 nk on9 ikut mood...
klw rjin sgt berjam2 aku bleh hadap laptop ni....
klw malas, stakat tgok2 dari jauh pastu xrply pape...
aku suka monitoring je sbenarnya...
(hari ni kira aku agak rajin la...
hambik la korg baca entry aku yg berjela ni ye!)


kenangan terindah bersama ghimo?
mestila jwpnnye ====> dpt kenal ngn korg (tp ni common answer la weh!)
kenangan terindah aku ngn ghimo adalah...
ketika aku ssh payah nk join smua events ghimo...
korg taw x stiap kali event aku nk join sgt2!
tp selalunye ada sje yg menghalang...
aku ni jnis dok merantau...ssh nk join snang2 cmtu je
kne plak korg ni rjin wt area shah alam ngn kl je...sian aku kannn
(ce pasni korg wat area selatan) <=== nyempat memberi idea..hihi
tp berkat kasih syg yg menggunung kpd korg2 ni, aku gagahkan juga...
nak aku citer lg ke? tggu part II plak ye...
turn org lain plak ok!


yg menconteng : DeQna II

muka.buku


name aku capiq..atau bubu utk senang korunk kenal aku nie..lupekan bubushac roar tu..die da berkubur..lau ade salah silap yg lalu..mintak ampun..nie bubu yg bru..bdak bru ..hehe
07031986 tahun aku lahir..ade kembar aku x dalam nie?
nak citer panjang pun..xde pape yg best pun kat aku..janji happy gan group GHIMO nie..


aku join group nie xsalah aku thn lepas..naek same2 dgn leen atau are leen...kami same2 masuk group nie..hahaha!korunk mmg besttt bro and sis~..

klu ade activiti tlong2 la roger ok.. sape2 yg blom add fb aku..add la ek..dgn twitter aku sekali..thanks...singggah2 blog aku kalau krunk free...

www.shackazpunya.blogspot.com

Gemencheh

Betapo 
Di bumi ini den molangkah
Ko hulu, ko hilir
ko darek dan baruh
Den jojaki

Eden
Bukanlah seoghang powira
Gagah menjunjung senjato
Namun hati rela berjuang 
Walau dongan cagho sondighi
Domi cinto ini
MALAYSIA
oooooooooooooooooooooo

macam2 ado kek gomoncheh,
adik, akak, abang semuo eee ado...
omak ngan abah yoo yang tak do...

Pokan Gomoncheh di antaro Tampin dan Gomeh, N.S, Malaysia. Gomoncheh terlotak berhampiran dongan Sungai Moncheh, dalam Daerah Tampin, N.S. Bagi penduduk asal, Pokan Gomoncheh dipanggil 'Simpang' kerana terdapatnya tiga simpang menghubungkan Tampin, Gemas &amp; Batang Molako. Terdapat tigo Pokan kecik, Pokan Gomoncheh Baru, Pokan Gomoncheh Lamo, Pokan Godok dan Pokan Air Kuning. Kedudukan pado latitud 2.5333 dan longitud 102.4000, 60 meter dari areh laut.

Masih mengamalkan Adat Perpatih dan termasuk di dalam kawasan pentadbiran adat perpatih di bawah pentadbiran Undang Johol, Masakan tradisional Gomoncheh yang terkenal adalah masakan ghondang maman dan masakan kari kambing. Kebanyakan kobun-kobun sayur maman banyak ditanam kek sini.


Anggaran jarak ke Gemencheh Bandar/Pekan 

Jarak (km)
Kuala Lumpur 148
Seremban 77
Rembau 54
Port Dickson 100
Tampin 26
Alor Gajah 36
Masjid Tanah 48
Paya Rumput 46
Sungai Udang 58
Gemas 27
Segamat 56
Kem Terendak 61

Dari Klumpo, ikut Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar Tol Simpang Ompek, Alor Gajah. Ikut arah ke bandar Tampin, Negeri Sembilan. dan kemudian Gemas. Sebelum sampai ke Gemas, anda akan temui Pekan Gemencheh (26 km dari Tampin).





Peta Gemencheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...