Thursday, January 14, 2016

Warkah Buat Zal..


Assalamualaikum semua.
Lama dah tak update blog ni..
22hb ni genap 3bulan allahyarham Afdzal Abu Thalib @ Zal pergi meninggalkan kita semua buat selama²nya..
Kenangan² dengan dia banyakk sangat sebab dia antara kawan lelaki yg aku paling rapat, dengan dia aku sangat² menjadi diri aku. Suatu ketika dulu aku pernah bebas bercerita apa aje pada dia & dia antara org yang boleh masuk dengan aku. Dia boleh tahu bila aku serius, bila aku melawak..

Gambar tahun 2010 tak silap. Masa buka puasa.
Yang ada dlm gambar -- arwah, aku, Cana & adik dia,
Nurul, Saze & Fariz

Bila dia dah takde ni, aku cari juga kot ada dalam budak lelaki ghimo tu yg aku boleh gila² tapi setakat ni rasa macam takde.. Kadang bila kita gurau pun orang anggap benda tu serius, tu pun boleh buat aku sedih jugak.

Pernah sekali aku rasa down sangat masa tengah whatsapp dengan bebudak ghimo yg lain dan ketika tu terdetik dalam hati, 

"Kalau Zal ada, mesti dia dah jernihkan dah keadaan ni dengan lawak bodoh dia tu. Paling² pun dia mesti akan lari topik supaya topik tu tak kelihatan heavy atau pun mesti dia akan bahan aku kaw² punya sampai aku ikut ketawa berdekah."

Sobs! Masa teringat tu memang aku sedih sangat. Yep, memang lepas dia kahwin kitorang renggang banyak sebab aku tak nak Syam terasa dengan aku dan aku nak Zal tahu yg dia dah kahwin, dah kena ada gap. Nanti orang tengok tak manis. Nanti bini dia cemburu dengan aku. Iyalah aku ini perempuan yg kuat cemburu tau. Sangat! Ops! Sebab itu aku cuba faham perasaan perempuan lain kalau suami dia dok rapat sangat dengan 'BFF' tak sama jantina ni. Tapi tak tahulah kalau² dia pernah terfikir aku tak mahu kawan dia lagi ke apa tapi lepas dia kahwin ada je 3,4 kali juga dia datang rumah dengan Syam =) Tu yang ummi & adik-beradik aku yang lain kenal dia juga. Dulu masa kitorang ikut kursus kahwin pun Zal & Syam pernah sampai rumah nenek aku juga, kira hampir semua famili aku dia kenal.


Gurauan terakhir kami dan dia

Fb aku takde app On This Day yg dok share memory tu, jadi aku download app Timehop, fungsi dia lebih kurang dengan On This Day tu. Bila hari² app tu update tentang memory hari tu, 5 tahun lepas punya memory mesti ada komen Zal kat post aku. Mesti ada. Komen² tu selalu buat aku senyum sendiri sebab dia suka bahan aku. Sangat suka. Suka gelakkan aku pun iya, suka tipu aku pun iya jugak. Banyak kenangan manis dengan dia sebenarnya. 



2014 masa kenduri belah Saze, tanpa Zal tak
sampai kot aku dengan Moon

Last jumpa 1 @ 2 bulan sebelum dia pergi, itu pun sebab nak ambil album kahwin + ziarah ummi juga, ummi baru lepas operate. Ok je dia, takde apa yg pelik sangat pun cuma tak banyak cakap, banyak gelak aje.

Masa hari dia pergi tu, Ain call aku.
Aku tak baca whatsapp sebab aku ingat diorang borak kosong. Bila Ain tanya,

"Betul ke Zal meninggal weh?" Tiba² jantung aku dah lari rentak. Tapi masa tu aku tak sure sama ada Ain sebut nama Zal atau orang lain tapi perkataan 'meninggal' itu memang sesuatu yg sangat menyedihkan.

"Buka whatsapp," pesan Ain sebelum letak fon. Menggigil² tangan aku buka whatsapp, baca mesej yg makcik Zal sampaikan guna nombor Zal tu. 



Semua tak percaya. Semua terpinga². 
Berita apa ni? 
Ada orang prank ke? 
Zal ada cari pasal dengan sesiapa ke sampai kasar betul gurauan orang yg hantar mesej ni?
Nak meninggal kenapa? Eksiden?
Nak kata sakit, takde berita kata dia sakit pun sebelum ni.

Entahlah masa tu macam² persoalan yang datang.

Syam kat mana?
Ada dengan Zal ke?
Ke kat Seremban?
Syam dah tahu ke?
Boleh ke nak call Syam saat² macam ni?
Eh. Entahlah. Serabut. Tak mahu percaya!

Tengah serabut² tu As bagi audio. Rakaman perbualan dengan orang yang hantar mesej tu merangkap makcik Zal. Sampai sekarang audio tu masih ada lagi dalam fon aku ni. Tiap kali dengar rasa sedih datang..

Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun..

Luluh rasa hati. Ya Allah! Kalau kitorang yang sebagai kawan ni pun rasa gelap dunia ni, apatah lagi Syam, isteri yg dia nikahi tak sampai setahun.. Dengan pembawaan baby dalam perut lagi. Allahuakbar.

Petang tu lepas solat asar, capai yaasin dan sedekahkan untuk arwah.
Arwah dah kau, Zal..
Masa tulah airmata mengalir tak mahu berhenti.
Masa tu jugak semua kenangan masa majlis kahwin dia terbayang² dibayangan mata.
Sedih. Pedih. Semua ada. 
Banyak kenangkan Syam juga masa tu.. Doa sungguh² moga dia kuat hadapi dugaan yang tak terduga ini T_T

Tengah serabut dengan pelbagai persoalan tu aku PM Pijud merangkap akak ipar Syam (bini abang dia, budak ghimo jugak) kat FB, mujur Pijud nak balas walaupun dia pun tak tahu apa² berita sebab aku sangka dia dengan abang Syam rupanya tak. Eh memang serabutlah masa tu.
Kemudian Ain bagitahu dia dah dapat call Syam. Syam baru sampai hospital tapi Ain tak dapat nak cakap banyak sebab Syam pun dah menangis masa tu. Sedihnyaaa T_T

Malam tu aku, Tika (akak ipar aku merangkap ex classmate Syam masa kt UPM) & Aidz (abang aku) ke rumah Zal. Masuk je rumah, mak Zal kata Syam ada dalam bilik. Jadi kitorang masuk bilik nampak Syam macam baru lepas nangis terus aku peluk dia tapi aku tahan je tak mahu nangis depan dia & i did it! Tapi ada tergenang juga airmata masa Syam cakap, "lepas ni aku dah tak dapat pergi rumah kau... sebab aku tak tahu jalan, arwah je yang tahu jalan nak ke rumah kau.." T_T

Syam nampak kuatlah malam tu, nampak tabah. Kitorang cerita sikit je pasal arwah, yang lain dia dengan Tika cerita hal sekolah. Masa tulah dia pun baru ada selera nak makan.

"Aku tak nak keluar, aku takut nanti aku meraung depan jenazah," kata Syam. Itulah sebabnya dia berkurung dalam bilik tu tapi bila kawan² sekerja dia datang terpaksa jugak dia keluar dan yup dia memang nampak kuat.

Nak balik tu, kitorang dah kat pintu keluar dah, tak tengok jenazah pun. Takde rezeki tapi masa dalam bilik tu Syam dah tunjukkan gambar pun.

Masa pakai kasut, toleh ke belakang, ke arah dalam rumah, nampak sedara mara Zal buka kain penutup muka. Tika ajak masuk untuk tengok. Maka dapatlah kami tatap wajah arwah buat kali terakhir.. Kebetulan masa tu ada 5,6 orang kawan² arwah yang tengah baca doa habis yasin kat depan jenazah, kitorang termasuk Syam join aminkan. Sejuk hati tengok kawan² macam tu.

Esoknya, pagi tu aku pergi ziarah lagi untuk pengkebumian.. Bawa sekali Batrisya sebab Tika sekolah. Sampai sana, Fariz orang pertama yg aku jumpa. Masa tu pun jenazah baru diusung keluar rumah. Ain, Moon dan Cana ikut serta aku dengan Fariz. Masing² muka sugul. Ye, Zal tu rapat dengan aku & Moon. Banyak tolong kitorang berdua. Tak terbalas jasa arwah kat kitorang si dara pingitan ini.

Tengah borak tu tiba² dengar mak dia cakap dengan suara sebak,

"Mak nak tengok abang, mak nak cium.." sambil berlari anak ke van jenazah.
Allahu... Sedihnya hati melihat situasi tu.

Dalam kereta nak ke masjid untuk urusan mandi & solat jenazah, kitorang betul² ikut belakang van jenazah. Sedih sangat masa tu. Sayu sangat. Dok ulang² baca al Fatihah, al Ikhlas untuk arwah.

Rina sampai masa jenazah sedang dimandikan, dia datang terus peluk Syam, dia dah nangis dah. Aku rileks lagi masa tu. Punyalah nak control sedih tu kan. Sekali boleh pulak dengan sedu² tu dia gi datang peluk aku jugak. Memang tak mampu nak control dahlah masa tu. Tiga² nangis kat perkarangan masjid tu. Sungguhlah mati itu datang tiba². Hari itu kami menangis untuk Zal, esok lusa orang akan menangis untuk kami pula..

Ya Allah matikanlah kami dlm khusnul khotimah.
Ampunkanlah segala dosa sahabat kami Afdzal Abu Thalib. 
Jadikanlah kuburnya sebagai taman² syurga.
Janganlah Kau jadikan kuburnya sebagai lubang² api neraka.
Rahmatilah rohnya.
Sayangilah dia.
Dan tempatkanlah dia dikalangan mereka yg beriman padaMu ya Allah..
Jadikanlah permata hatinya anak yang soleh, yang akan menjadi pengganti bapanya, yang akan memberi bekalan amalan yg baik buat bapanya di alam sana.
Aamiin aamiin aamiin ya rabbal 'aalamiin..

Fira Hilwa
01:49 a.m
14 Jan 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...