Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.






Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.


Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. 
Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.


Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Tuesday, August 4, 2009

Ibu FARAH (UPSI) di ICU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ibu FARAH, salah seorang ahli GHIMO telah dimasukkan ke ICU sejak petang semalam setelah menjalani pembedahan membuang rahim..sampai ketika ini, ibunya masih tidak sedarkan diri kerana salah satu paru-parunya tidak berfungsi...

Kepada semua ahli group 1986 GHIMO, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga ibu FARAH sedar dan kembali sihat seperti sedia kala.... semoga FARAH dan keluarga tabah dengan dugaan ini...

Monday, May 25, 2009

SALAM TAKZIAH BUAT CAPIK SEKELUARGA...

salam takziah buat capik dan keluarga
diatas kepulangan nenda beliau ke Rahmatullah..

kami dr 1986 ghimo mengharapkan capik
dan keluarga redha dan tabah mnghadapi smua ini...

semoga nenda beliau ditempatkan
dikalangan hamba-hamba yg soleh dan
solehah dan semoga dicucuri rahmat..

AL-FATIHAH...............

Wednesday, April 22, 2009

SALAM TAKZIAH BUAT JIMIE DAN KELUARGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Kami dari group 1986 ghimo ingin mengucapkan salam takziah buat saudara JIMIE diatas kembalinya ATUK beliau ke rahmatullah kerana penyakit strok..

Diharapkan beliau sekeluarga redha dan tabah dengan ketentuan ILLAHI...
Mari kite sejenak bersama-sama membacakan Al-Fatihah untuk Allahyarham....


AL-FATIHAH...

Friday, April 10, 2009

Takziah Buat CT SALEHA


Bapa kepada salah seorang ahli group, SITI SALEHA @ LEHA telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis, 9 april 2009..
Kami dari 1986 GHIMO mendoakan semoga Allayarham ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....
marilah kita semua sedekahkan AL-FATIHAH kepada allahyarham bapa leha,


AL-FATIHAH....

Friday, March 20, 2009

SALAM TAKZIAH JANNE....

Salam takziah untuk janne sekeluarga di atas kepulangan nenda beliau yg telah kembali ke rahmatullah pada pagi td..
diharapkan janne dan keluarga redha atas pemergian ini...
Kami dr 1986 ghimo mendoakan semoga nenda beliau ditempatkan dikalangan golongan yg solehah...
Sejenak kita bersama-sama membacakan Al-Fatihah...

Al-Fatihah....

Monday, March 16, 2009

TAKZIAH BUAT ASNAWI a.k.a MASTER

TAKZIAH dari kami warga GHIMO buat as dan keluarga yang telah kehilangan nenek yang disayangi.....Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan org2 yg beriman.. Sejenak kita bersama-sama membacakan Al-Fatihah.

Al-Fatihah.....aa

Wednesday, January 28, 2009

aL - FatiHaH

Assalamualaikum...

marilah kita semua sedekahkan AL-FATIHAH
untuk nenek salah seorang ghimo , ARIANA
@ CIK TULIP..

yang telah kembali ke rahmatullah pada
8.30 pagi hari selasa bersamaan 27 January 2009...

salam takziah dr keluarga ghimo untuk
ARIANA..

semoga roh nenek beliau di tempatkan
dikalangan orang-orang yang solehah di
sisi ALLAH...

AL-FATIHAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...