Thursday, January 14, 2016

Warkah Buat Zal..


Assalamualaikum semua.
Lama dah tak update blog ni..
22hb ni genap 3bulan allahyarham Afdzal Abu Thalib @ Zal pergi meninggalkan kita semua buat selama²nya..
Kenangan² dengan dia banyakk sangat sebab dia antara kawan lelaki yg aku paling rapat, dengan dia aku sangat² menjadi diri aku. Suatu ketika dulu aku pernah bebas bercerita apa aje pada dia & dia antara org yang boleh masuk dengan aku. Dia boleh tahu bila aku serius, bila aku melawak..

Gambar tahun 2010 tak silap. Masa buka puasa.
Yang ada dlm gambar -- arwah, aku, Cana & adik dia,
Nurul, Saze & Fariz

Bila dia dah takde ni, aku cari juga kot ada dalam budak lelaki ghimo tu yg aku boleh gila² tapi setakat ni rasa macam takde.. Kadang bila kita gurau pun orang anggap benda tu serius, tu pun boleh buat aku sedih jugak.

Pernah sekali aku rasa down sangat masa tengah whatsapp dengan bebudak ghimo yg lain dan ketika tu terdetik dalam hati, 

"Kalau Zal ada, mesti dia dah jernihkan dah keadaan ni dengan lawak bodoh dia tu. Paling² pun dia mesti akan lari topik supaya topik tu tak kelihatan heavy atau pun mesti dia akan bahan aku kaw² punya sampai aku ikut ketawa berdekah."

Sobs! Masa teringat tu memang aku sedih sangat. Yep, memang lepas dia kahwin kitorang renggang banyak sebab aku tak nak Syam terasa dengan aku dan aku nak Zal tahu yg dia dah kahwin, dah kena ada gap. Nanti orang tengok tak manis. Nanti bini dia cemburu dengan aku. Iyalah aku ini perempuan yg kuat cemburu tau. Sangat! Ops! Sebab itu aku cuba faham perasaan perempuan lain kalau suami dia dok rapat sangat dengan 'BFF' tak sama jantina ni. Tapi tak tahulah kalau² dia pernah terfikir aku tak mahu kawan dia lagi ke apa tapi lepas dia kahwin ada je 3,4 kali juga dia datang rumah dengan Syam =) Tu yang ummi & adik-beradik aku yang lain kenal dia juga. Dulu masa kitorang ikut kursus kahwin pun Zal & Syam pernah sampai rumah nenek aku juga, kira hampir semua famili aku dia kenal.


Gurauan terakhir kami dan dia

Fb aku takde app On This Day yg dok share memory tu, jadi aku download app Timehop, fungsi dia lebih kurang dengan On This Day tu. Bila hari² app tu update tentang memory hari tu, 5 tahun lepas punya memory mesti ada komen Zal kat post aku. Mesti ada. Komen² tu selalu buat aku senyum sendiri sebab dia suka bahan aku. Sangat suka. Suka gelakkan aku pun iya, suka tipu aku pun iya jugak. Banyak kenangan manis dengan dia sebenarnya. 



2014 masa kenduri belah Saze, tanpa Zal tak
sampai kot aku dengan Moon

Last jumpa 1 @ 2 bulan sebelum dia pergi, itu pun sebab nak ambil album kahwin + ziarah ummi juga, ummi baru lepas operate. Ok je dia, takde apa yg pelik sangat pun cuma tak banyak cakap, banyak gelak aje.

Masa hari dia pergi tu, Ain call aku.
Aku tak baca whatsapp sebab aku ingat diorang borak kosong. Bila Ain tanya,

"Betul ke Zal meninggal weh?" Tiba² jantung aku dah lari rentak. Tapi masa tu aku tak sure sama ada Ain sebut nama Zal atau orang lain tapi perkataan 'meninggal' itu memang sesuatu yg sangat menyedihkan.

"Buka whatsapp," pesan Ain sebelum letak fon. Menggigil² tangan aku buka whatsapp, baca mesej yg makcik Zal sampaikan guna nombor Zal tu. 



Semua tak percaya. Semua terpinga². 
Berita apa ni? 
Ada orang prank ke? 
Zal ada cari pasal dengan sesiapa ke sampai kasar betul gurauan orang yg hantar mesej ni?
Nak meninggal kenapa? Eksiden?
Nak kata sakit, takde berita kata dia sakit pun sebelum ni.

Entahlah masa tu macam² persoalan yang datang.

Syam kat mana?
Ada dengan Zal ke?
Ke kat Seremban?
Syam dah tahu ke?
Boleh ke nak call Syam saat² macam ni?
Eh. Entahlah. Serabut. Tak mahu percaya!

Tengah serabut² tu As bagi audio. Rakaman perbualan dengan orang yang hantar mesej tu merangkap makcik Zal. Sampai sekarang audio tu masih ada lagi dalam fon aku ni. Tiap kali dengar rasa sedih datang..

Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun..

Luluh rasa hati. Ya Allah! Kalau kitorang yang sebagai kawan ni pun rasa gelap dunia ni, apatah lagi Syam, isteri yg dia nikahi tak sampai setahun.. Dengan pembawaan baby dalam perut lagi. Allahuakbar.

Petang tu lepas solat asar, capai yaasin dan sedekahkan untuk arwah.
Arwah dah kau, Zal..
Masa tulah airmata mengalir tak mahu berhenti.
Masa tu jugak semua kenangan masa majlis kahwin dia terbayang² dibayangan mata.
Sedih. Pedih. Semua ada. 
Banyak kenangkan Syam juga masa tu.. Doa sungguh² moga dia kuat hadapi dugaan yang tak terduga ini T_T

Tengah serabut dengan pelbagai persoalan tu aku PM Pijud merangkap akak ipar Syam (bini abang dia, budak ghimo jugak) kat FB, mujur Pijud nak balas walaupun dia pun tak tahu apa² berita sebab aku sangka dia dengan abang Syam rupanya tak. Eh memang serabutlah masa tu.
Kemudian Ain bagitahu dia dah dapat call Syam. Syam baru sampai hospital tapi Ain tak dapat nak cakap banyak sebab Syam pun dah menangis masa tu. Sedihnyaaa T_T

Malam tu aku, Tika (akak ipar aku merangkap ex classmate Syam masa kt UPM) & Aidz (abang aku) ke rumah Zal. Masuk je rumah, mak Zal kata Syam ada dalam bilik. Jadi kitorang masuk bilik nampak Syam macam baru lepas nangis terus aku peluk dia tapi aku tahan je tak mahu nangis depan dia & i did it! Tapi ada tergenang juga airmata masa Syam cakap, "lepas ni aku dah tak dapat pergi rumah kau... sebab aku tak tahu jalan, arwah je yang tahu jalan nak ke rumah kau.." T_T

Syam nampak kuatlah malam tu, nampak tabah. Kitorang cerita sikit je pasal arwah, yang lain dia dengan Tika cerita hal sekolah. Masa tulah dia pun baru ada selera nak makan.

"Aku tak nak keluar, aku takut nanti aku meraung depan jenazah," kata Syam. Itulah sebabnya dia berkurung dalam bilik tu tapi bila kawan² sekerja dia datang terpaksa jugak dia keluar dan yup dia memang nampak kuat.

Nak balik tu, kitorang dah kat pintu keluar dah, tak tengok jenazah pun. Takde rezeki tapi masa dalam bilik tu Syam dah tunjukkan gambar pun.

Masa pakai kasut, toleh ke belakang, ke arah dalam rumah, nampak sedara mara Zal buka kain penutup muka. Tika ajak masuk untuk tengok. Maka dapatlah kami tatap wajah arwah buat kali terakhir.. Kebetulan masa tu ada 5,6 orang kawan² arwah yang tengah baca doa habis yasin kat depan jenazah, kitorang termasuk Syam join aminkan. Sejuk hati tengok kawan² macam tu.

Esoknya, pagi tu aku pergi ziarah lagi untuk pengkebumian.. Bawa sekali Batrisya sebab Tika sekolah. Sampai sana, Fariz orang pertama yg aku jumpa. Masa tu pun jenazah baru diusung keluar rumah. Ain, Moon dan Cana ikut serta aku dengan Fariz. Masing² muka sugul. Ye, Zal tu rapat dengan aku & Moon. Banyak tolong kitorang berdua. Tak terbalas jasa arwah kat kitorang si dara pingitan ini.

Tengah borak tu tiba² dengar mak dia cakap dengan suara sebak,

"Mak nak tengok abang, mak nak cium.." sambil berlari anak ke van jenazah.
Allahu... Sedihnya hati melihat situasi tu.

Dalam kereta nak ke masjid untuk urusan mandi & solat jenazah, kitorang betul² ikut belakang van jenazah. Sedih sangat masa tu. Sayu sangat. Dok ulang² baca al Fatihah, al Ikhlas untuk arwah.

Rina sampai masa jenazah sedang dimandikan, dia datang terus peluk Syam, dia dah nangis dah. Aku rileks lagi masa tu. Punyalah nak control sedih tu kan. Sekali boleh pulak dengan sedu² tu dia gi datang peluk aku jugak. Memang tak mampu nak control dahlah masa tu. Tiga² nangis kat perkarangan masjid tu. Sungguhlah mati itu datang tiba². Hari itu kami menangis untuk Zal, esok lusa orang akan menangis untuk kami pula..

Ya Allah matikanlah kami dlm khusnul khotimah.
Ampunkanlah segala dosa sahabat kami Afdzal Abu Thalib. 
Jadikanlah kuburnya sebagai taman² syurga.
Janganlah Kau jadikan kuburnya sebagai lubang² api neraka.
Rahmatilah rohnya.
Sayangilah dia.
Dan tempatkanlah dia dikalangan mereka yg beriman padaMu ya Allah..
Jadikanlah permata hatinya anak yang soleh, yang akan menjadi pengganti bapanya, yang akan memberi bekalan amalan yg baik buat bapanya di alam sana.
Aamiin aamiin aamiin ya rabbal 'aalamiin..

Fira Hilwa
01:49 a.m
14 Jan 2016

Sunday, September 2, 2012

Malaysia, Salam Kemerdekaan!!!!

Salam Kemerdekaan ke-55 untuk semua rakyat Malaysia. Kita doakan agar Malaysia tetap dan terus aman damai, sejahtera dan harmoni untuk selama-lamanya. Perbezaan pendapat dan ideologi bukan alasan untuk kita menyokong sebarang bentuk keganasan yang menggugat pada keamanan negara tercinta kita.

Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!

MALAYSIA BOLEH........

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan


Salam ramadhan untuk semua warga 1986 GHIMO. Insyaallah tahun ini akan ada lagi program berbuka puasa bersama-sama. Nantikan.........

Wednesday, May 9, 2012

Masa Yang Kurang

Hi all


aku tak sempat upte blog.. huhuhuh
tersgt bz laa skrg ni....




Tunggu yang terbaru pada 28 mei 2012

Friday, December 9, 2011

Filem Gabungan Thailand Dan Malaysia!



Filem ini dijangkakan akan menjadi filem paling popular sepanjang tahun.
Nantikan di pawagam berhampiran anda...

Monday, November 7, 2011

Selamanya Harimau Malaya...Selagi Kita Bernyawa.....

As-Salam...

Maaf dipinta kerana tidak mengupkan posting2 baru selepas match lawan Singapore hari tu... Gua teramat busy dengan kerja.. Maklumla nk cepat konpom punye pasl.... Ya Piala Malaysia dh pon habis... KMS bersama-sama comrad UN9 , UT dan UM berada diluar Stadium Shah Alam melancarkan boikot.. Tp tu semua dah lepas... Pape pon kite fokus game ptg nie.....

Ape yang KMS harapkan agar kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia..... Ku panjatkan doa kepada pemain-pemain agar memperoleh kemenangan seterusnya mempertahankan pingat emas yg kita menangi dulu...

KMS amat berharap supaya Baddrol dan rakan-rakan semua berjuang habis-habisan menentang musuh seberang tambak demi memperoleh 3 mata pertama seterusnya menjadi pencetus semangat untuk perlawanan-perlawanan yang seterusnya,....

Akhir kata , (chants nie antara chants kegemaran KMS)

Oh Malaysia.. Kita bersaudara....
Oh Malaysia.. Satukan jiwamu....
Selamanya harimau malaya...Selagi kita bernyawa..
Oh Malaysia...Kau kebanggaanku....

Friday, September 30, 2011

Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.






Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.


Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. 
Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.


Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wednesday, August 24, 2011

PROGRAM IFTAR KALI KE-3

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Aku di wakil kan untuk meng updates kan blog GHIMO nie selepas program majlis berbuka puasa 2011..sori kalau terlambat aku nak updates prorgam nie..jgn marah yer mem beso! hik3..chewahh...


Firstly...
Aku nak ucapkan alhamdulillah dan tahniah kepada En.Fariz Mustafha dan CIK APPLE..yang telah menjayakan Program Iftar GHIMO kali ke-3 (MAJLIS BERBUKA PUASA 2011) yang diadakan di HOTEL PUTRA,JALAN TUN RAZAK..Dan diakhiri dengan bersahur bersama ahli² GHIMO di NASI KANDAR PELITA,SUBANG..besttt weyhh...jangan jeless...hak3


Program ini juga dijalankan untuk sesi perkenalan ahli² GHIMO yang baru..Walaupun ramai yang xdapat hadir ke majlis ni,
jangan bersedih,jeles ke,merajuk ke...ade yang jauh xdpt nak join majlis nie..kami memohon maaf sangat²..
banyak lagi event yang akan dilakukan didalam group GHIMO ni selepas program Iftar nie...kalau boleh nak redah 1malaysia untuk berjumpe dengan ahli GHIMO yang lain..
So..pada ahli² yang baru..ataupun yang bakal menjadi ahli baru..anda semua dialu²kan untuk join kami..
untuk merapatkan lagi silaturahim sesame GHIMO² yang lain..


kata² terakhir dari aku ..i LOVE GHIMO! AUMMMMMM!!!...
kenyangggg beb!!!


PANTUN RINGKAS DARI AKU(BUBU)

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.


=CANDIDSHOOT=



PEACEEEE!!!!!











gamba diatas : menang kueh kapit ain yakuza






majlis bersuraii..............
edited by bubu xD

Wednesday, August 3, 2011

Jemputan Iftar Ghimo kali ke-3

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

"Hai orang² yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah 
diwajibkan pada orang² sebelum kamu. Mudah²an kamu bertakwa" 
(Al Baqarah:183) 

Bersempena Ramadhan, Ghimo 1986 ingin menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bagi menambahkan aktiviti-aktiviti yang sedia ada.

Maklumat majlis seperti berikut:
Tempat: Hotel Putra, Jalan Tun Razak, KL

Tarikh : 20 Ogos 2011

Budget : RM60 / seorang

Menu : 
Kambing Panggang, Pari & Cencaru Bakar, Sotong Kari Kentang, Cencaru Sambal, Daging Rendang Tok, 
Nasi Ayam, Mee Mamak, Tomyam, Bubur Lambuk, Nasi Putih, Cucur Ikan Bilis, 
Sayur Campur Cendawan, Peria Goreng Garing, Udang Masam Manis, Paru Goreng Rempah, 
Kuih-muih Melayu, Kurma, Jeli & Puding, Bubur & Pengat, 
Ice Lemon Tee, Bandung, Cincau, Air Panas dan lain-lain.

PEMBAYARAN:

01270003186521 - (CIMB) Rosmanizawati Ahmad Khalil
164548056250 - (Maybank) Mohd Farizzuan Mustafha

Sila daftar awal untuk memudahkan urusan tempahan.
Tempahan dibuka sehingga 9 Ogos (Selasa) jam 12 Malam.
Bayaran akhir 13 Ogos 2011 jam 12 malam.

UNTUK PENDAFTARAN & BUKTI PEMBAYARAN emailkan kepada rosmanizawati@yahoo.com dan farizmustafha@gmail.com yang mengandungi maklumat berikut.

Name:
No HP:
Email:
Kuantiti: RM
Bank: CIMB or MAYBANK

PENGANGKUTAN:
Monorail dan STAR LRT - Hentian Titiwangsa
Kg Baru @ terus ke Hotel Putra.

TENTATIF PROGRAM:
oleh kerana JALAN TUN RAZAK sure akan jem jd kami sebagai penganjur membuat kata putus bhw kita semua kan terus berkumpul di LOBI HOTEL PUTRA



6.30petang -berkumpul

7.30 pm - bacaan doa berbuka menikmati juadah sambil sesi suai kenal..


9.00 pm - bersurai...tp kalau ada nk terus kan sesi shoping menyoping kt mana2 silakan...n make sure jaga keselamatan diri anda!

Untuk keterangan lanjut @ jika ada sesiapa yang rasa nak join, sila PM 

Encik Fariz & Cik Apple di facebook.

Sekian, terima kasih.




PUASA 1986 GHIMO

salam syg sume .skang dah masuk bulan ramadhan..bulan yg mulia disisi ALLAH. stiap pahala yg kita dapat insyaALLAH berlipat ganda kalinya..
sape yg xnk kan?? bukan senang nk dapat bonus cmnih. mcm gaji la..kita kan msti tgu nk dapat bonus raya. mcm tu la jgak bonus pahala bulan puasa ni. amatla rugi kalo kita x usaha nk mendouble- triple kan pahala kita :)
jom ramai2 membuka lembaran baru dibulan ramadhan ni. syaitan dah kena ikat dh..so its up to us to change ourselves- transforming into new leaf by becoming a good person insyaALLAH :)


:: selamat berpuasa dan selamat beramal 1986 GHiMO::

wink wink
cik aween yg tomey :)

Tuesday, August 2, 2011

Rintihan Ramadhan


Tuhan...
telah sering ku terdengar
tentang kebesaran Bulan Ramadhan
didalam al-quran dan sabda junjungan,
hanya aku yang sering melupakannya

Dibulan yang mulia ini
laut pengampunanMu tiada bertepi
Rahmat dan nikmatMu tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya


Tuhan kusedari kelemahan diri ini
Yang tidak istiqomah dalam beribadah
Ramadhan berlalu 
ibadah pun berkuranganBegitulah diriku yang sering kelalaian...

Semoga di Ramadhan kali ini..
Dapat ku perbaiki kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku
agar subur kehambaanku terhadapMu
Lailatul Qadar pasti menjelma 
buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalanMu
Tingkatkan iman dan ketaqwaanku
Agar baktiku tetap padaMu
Biar pun Ramadhan telah berlalu.


Sunday, July 31, 2011

khas untuk korang yg aku sayangi..

assalamualaikum wbt..
seperti yg korunk taw...esk atau lusa maybe da start bulan ramadhan..mlm nie tgk la anak bulan tuh...hehe..
kite sme2 nnt kan nya...menjelang esk..
firstly..aku nak mintak maaf kepada kaum2 ghimo..andai kata aku ade terkasar bahasa ngan korunk ke..atau
ada yg x senang ke ngan aku..aku xde niat jahat pun..nakal je..ahaks!..lau ade prob..abes..abes cnie je..pasnie 0-0..hope xde la prob ngan korunk..sejak aku join ghimo balik..mmg excited n hyper aktif plak
dlm group ghimo nie..takot gak..ade yg x senang..hehe...aku mmg mcm nie ckit..kdg2 dlm nie bukan maen..kat luar..pendiam senyap jer..tp ok laa skrg..tgk grup ghimo da makin berkembang ke arah yg dicapai..
aku berdoa semoga kekal selama2 lama nyer..insyaALLAH..korunk mmg best aaa..dr dlu sampai skrg..klu ade korang..mesti x kering gusi...asyik tergelak je..sedih..suka..duka..marah..kite ttp bersatu akhirnye..
aku mmg xpernah menyesal la kwn2 ngan korunk..sbb mmg best laa..xtaw nak ckp mcm ne
"HANYA MAMPU BUAT LIFE AKU HAPPY"
tu da cukup memadai..hope korunk phm la ek..AND...jgn lupe PROGAM BERBUKA PUASA..kat mana nk buat..set tarikh betol2..lau xde pape yg menghalang..aku join...

kate2 terakhir dr aku..
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL - MUBARAK"
kepada ghimo2 atau pun yg bukan ghimo..
-bubu


p/s : lawak puasa!


Saturday, July 30, 2011

Santapan Istimewa ^_^



weee :p kebetulan minggu nie balik kampung, yeayy melawat cousin yang eksiden, dapatlah haniey merasa mee bandung muar yang pekat, almaklumlah jarang benor nak balik muar nie, bukannya ape famili plak jenis workhholic, susah plak nk balik kg... huhuhu so bila kebetulan my cousin eksiden, dpatlah peluang pekena mee bandung..kegemaran ku... terletak kat tanjung agas muar... mmg power!!!

p/s: hopefully dapat lagi berbuka mee bandung cmnie=p

Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ^_^



Dikesempatan ini haniey nak mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak, semoga ramadahan kalini memberi keberkatan kepada kita semua.. ^_^

p/s: exited betul nk nunggu ramadhan nie ^_^

Sunday, July 24, 2011

Siapa yang cantik?

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Jennifer Lopez adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Nur Fazura yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.
Artikel iluvislam.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...