Thursday, July 14, 2011

Mahukah?

Teman... ingat tak?


Ketika kita kecil, kita ada ibu dan ayah yang sentiasa ada di sisi semasa kita baru mula berjalan. Kita terjatuh, luka dan menangis tapi ibu dan ayah tak pernah meninggalkan kita keseorangan. Mereka masih setia di sisi untuk membantu kita terus melangkah.


Dan sekarang bila kita sudah jauh melangkah, apa tak mahukah kamu menoleh ke belakang? Cuba berjalan seiring bersama ibu dan ayah kita, yang mungkin kini sudah perlahan langkahnya kerana usia mereka yang sudah tua. Selagi kita mampu... selagi mereka ada bersama kita. Mahukah?




Gambar asal : Google


Rina: Ini post pertama. Salam setulus ingatan dari aku buat semua penghuni Ghimo :))

1 comment:

MissF said...

renung2kan & slmt beramal :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...